Aku..
Berfikir dan terus berfikir..
Banyak sangat yang aku fikir.. [macam-macam]
Ah! Tak usah difikirkan sangat..
Pergi main chess saja!
Chess?? -Tak nak.. nanti aku pening kerana terlalu banyak berfikir..
Karaoke?-Kalau aku seorang sahaja tak mahu lah...
Bowling? -Erm, best ni tapi jari aku dah sakit.. tak boleh baling 'spin' lagi..
Habis tu? Apa yang kau mahu wahai Shahbudin?
Erm.. aku tak pasti.. aku keliru.
Mungkin aku perlukan kawan untuk aku berbicara..
Mungkin aku perlukan teman untuk aku berdiskusi..
dan Mungkin aku perlukan seorang sahabat untuk bersama aku...
Huh! [Mengeluh]
Biar je lah.. [Letih]
Aku ingin mengadu kepada ibuku tapi tak mungkin.. [miss her so much!]
Semoga allahyarhamah Zakiah bt. Haji Sulaiman ditempatkan bersama-sama orang yang beriman..
Nota untuk aku: Aku masih mencari 'destinasi' hidup aku.. Mungkin aku perlukan 'GPS' untuk aku tiba ke destinasiku...
Pesanan dari aku: Kuatkan semangat! Tabahkan diri dan jangan cepat putus asa...

1 comment:
kenape penat berfikir nie hehe
terima kasih kerana sudi singgah blog ja :)
Post a Comment