About Me

My photo
Dilahirkan di Taiping, Perak. Kemudian mendapat pendidikan di Kuala Lumpur dan seterusnya membesar di sana. Memiliki perwatakan yang serius dan pendiam. Kurang humor terhadap orang yang tidak rapat. Bekerja dengan serius dan sentiasa buat yang terbaik dalam setiap kerja yang dibuat. Seorang yang jujur dan suka berterus-terang dalam percakapan. Meminati sukan catur dan hoki. Kini mula aktif dalam aktiviti bowling. Berharap dapat melawat banyak tempat dan memiliki sahabat yang sejati.. Insyaallah...

Thursday, October 14, 2010

Setelah Aku Penat Berfikir...

 Aku..
Berfikir dan terus berfikir..
Banyak sangat yang aku fikir.. [macam-macam]



Ah! Tak usah difikirkan sangat..
Pergi main chess saja!
Chess?? -Tak nak.. nanti aku pening kerana terlalu banyak berfikir..
Karaoke?-Kalau aku seorang sahaja tak mahu lah...
Bowling? -Erm, best ni tapi jari aku dah sakit.. tak boleh baling 'spin' lagi..

Habis tu? Apa yang kau mahu wahai Shahbudin?
Erm.. aku tak pasti.. aku keliru. 
Mungkin aku perlukan kawan untuk aku berbicara..
Mungkin aku perlukan teman untuk aku berdiskusi..
dan Mungkin aku perlukan seorang sahabat untuk bersama aku...

Huh! [Mengeluh]
Biar je lah.. [Letih]
Aku ingin mengadu kepada ibuku tapi tak mungkin.. [miss her so much!]
Semoga allahyarhamah Zakiah bt. Haji Sulaiman ditempatkan bersama-sama orang yang beriman..


Nota untuk aku: Aku masih mencari 'destinasi' hidup aku.. Mungkin aku perlukan 'GPS' untuk aku tiba ke destinasiku...


Pesanan dari aku: Kuatkan semangat! Tabahkan diri dan jangan cepat putus asa...